PENGENALAN


ASSALAMUALLAIKUM WBT

Bismillahirrahmanirrahim ,
Saya Ahmad Zaidi Ahmad Zabidin yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Zaidi 
telah di amanahkan oleh Guru Pendekar Utama
 Ustaz Haji Wan Kamarulzaman Wan Abd Aziz untuk membimbing gelanggang Putra Mahkota .
Insyaallah dengan Izin , Taufik dan Inayah Allah S.W.T, Perguruan Persilatan Gerakan 
Suci Mangkubumi yang bertapak di Bandar Seri Putra semenjak tahun 2007 ini masih bergiat aktif sehingga sekarang , 
Aliran Seni Persilatan Gerakan Suci adalah aliran seni silat yang mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri .
 Ilmu dan Kelebihan adalah kurniaan Allah ,Perkara paling penting adalah asalnya.
 Jika asal dari pokok yang sama, bermakna buah dan ranting itu adalah dari pokok asal
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kepada Allah , 
melalui ranting dan tunas yang baru , seni silat ini terus berkembang. 
Setakat ini gelanggang Putra Mahkota ada seramai 70 orang ahli terdiri dari 
kalangan Kanak-kanak, Remaja , Dewasa dan juga kaum ibu yang juga
 turut serta belajar Silat. Ahli-ahli terdiri dari kalangan penduduk di sekitar
 Bdr Seri Putra , Bkt Mahkota , Bangi Lama dan juga dari Damansara . 
Akhir kata dari saya Seni Silat merupakan Warisan bangsa yang perlu dipelihara ,
perlu dijaga dan dipupuk dari kalangan anak-anak kita yang kecil lagi agar mereka 
merasa bangga dengan Warisan dan Identiti sendiri apabila mereka dewasa kelak .


Sekian dari saya Guru Gelanggang Putra Mahkota . 
Wasalam .
ASSALAMUALLAIKUM WBT


Bismillahirrahmanirrahim,
Saya Ahmad Zailan Ahmad Zabidin yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Zailan
 telah di amanahkan oleh Guru Pendekar Utama Ustaz Haji Wan Kamarulzaman 
Wan Abd Aziz untuk membantu Guru Gelanggang di Gelanggang Putra Mahkota .
Alhamdulillah , dengan penuh rasa syukur kepada Allah melalui ranting dan tunas yang baru , Seni Silat ini terus berkembang.
Apa yang penting adalah intipati dalam persilatan ini yang perlu di hayati sepenuhnya 
dalam kehidupan kita seharian, INSYAALLAH .
Akhir kata dari saya kepada semua ahli PGSM , jangan pandang pada 
Syariat tapi selami Hakikat sebenar PGSM yang perlu kita hayati .


Sekian dari saya Pem Guru Gelanggang Putra Mahkota .


Wassalam .